Wednesday, 28 October 2015

Harta Dunia vs Harta Akhirat

"Manusia sekarang cari harta dunia seolah-olah harta dunia boleh beli syurga Allah" kata-kata dari seorang sahabat yang terus menusuk kalbu.

Zaman sekarang, menuntut ramai manusia mencari - cari peluang untuk memperolehi harta yang seselesa mungkin. Lebih mudah jika disimpulkan, mencari wang atau duit yang banyak.  Pernah dengar orang kata “Duit memang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit” Ayat biasa dengar kan. Nah, menarik kan? Banyak perkara telah berlaku sepanjang saya menelusuri kehidupan ini.  Dimana, setiap perkara itu tidak kisah baik atau buruk mempunyai hikmah yang terlalu banyak.  Jatuh bangun adalah fitrah kehidupan.  Miskin dan kaya itu juga memang telah Allah izinkan untuk kita sebagai manusia berfikir dan belajar.

Harta... kita akan fikir banyak duit. Duit mesti banyak. Semua berkisar duit. Dengan adanya duit boleh beli rumah, boleh beli kereta, boleh bayar ‘maid’, boleh sekolahkan anak anak dengan sekolah yang terbaik, boleh pergi melancong, kesimpulan nyata semua serba boleh. Malaysia BOLEH!! TETAPI.....haa.... ramai gilerr antara kita, yang LUPA akan DIA. Lupa dengan Pemberi rezki.  Kerja siang malam untuk mencari rezki. Mencari duit yang banyak.  Sebab apa? Mind set kata “ kalau aku tak cari duit mana ada rezki..” Berkata lagi “Nak cari rezki kena usaha lebih, baru ada rezki”  Betul..saya tak cakap salah. Betul kita harus kerja kuat, usaha lebih untuk mencapai kekayaan.  Tanpa kita sedar sebenarnya kita telah tersalah konsep tentang erti kebergantungan hidup ini HANYA KEPADA ALLAH.

Baik saya terbaca dari sebuah buku yang laris dipasaran iaitu Mudah Menjemput Rezki.  Saya diberi situasi begini :
“Allah yang memberi rezki tapi kita kena berusaha.”  Ayat pertama
“Kita kena berusaha tapi Allah yang memberi rezki.”  Ayat kedua.

Perhatikan ayat tersebut. Nampak sama kan. Tapi beza maksudnya.  Ayat pertama memberi maksud kita ini yakin akan Allah S.W.T.  Hanya dia yang member rezki. Cepat atau lambat. Kita hanya perlu menjalankan tugas kita sebagai hambaNya

Ayat kedua bermaksud  kita usaha dahulu baru Allah beri rezki. Betul dari segi usaha tapi kurang power dari segi keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah. Seolah Usaha itu yang memberi rezki.

Kita seringkali lihat, ramai ibu bapa kerja tungkus lumus siang malam untuk mencari rezki. Untuk jadi kaya, tapi solat seringkali dihujung waktu.  Bersedekah pun nak berkira.  Dengan anak anak pun nak berkira.  Kaya memang kaya, tapi kualiti kayanya bagaimana? Hatinya bagaimana? Janganlah nak berangan kaya raya kalau hubungan kita dengan Allah pun hai hai bye bye...

Kita sibuk mengejar kekayaan dunia. Anak anak pun kita sogokkan dengan duit dan kekayaan.  Alah..takper banyak duit boleh hantar anak ke sekolah bagus.  Sekolah tahfiz. Maklumlah ada duit. Betul..dan tak salah pun cara tu. Tetapi, silaturrahim antara Ibu Bapa dan anak itu sebenarnya memberi kesan dalam kehidupan dan apabila mati.

Betapa ramainya orang Islam yang cintakan dunia sehingga lupa kehidupan yang kekal. Yang Baqa’.  Bisa manusia itu menjadi lalai dengan kebendaan yang dikejarnya.

Seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud (Al Israk ayat 16:
“Dan jika kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu supaya melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan)Kami, kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur hancurnya”

Firman Allah lagi yang bermaksud (Surah AlQasas ayat 77)
“Tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan dari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) didunia “

Ini bermakna keduanya harus seiring. Namun,jika kita lebih mengambil berat tentang ukhrawi, tidak perlu disangkal, janji Allah itu Pasti.  Allah akan memberi rahmatNya dan NikmatNya dengan lebih.

Wallahua'lam

Rahman Shariff
Dengan bantuan Azira Ezeyvaristina

Thursday, 15 October 2015

TEDUHAN ZAFRAH

Assalamualaikum,

Sepatutnya artikel ini disiarkan pada Ogos yang lalu. Namun, atas kesibukan dan kekangan masa, maka baru kali ini artikel ini dapat disiarkan.

Pada Ogos yang lalu saya dijemput untuk mengikuti Program Charity anjuran sahabat saya yang juga mentor kepada saya iaitu En. Amzari. Sahabat2 di Melaka dan Muar memang kerap menganjurkan Program Charity sejak dari tahun 2009 lagi. Alhamdulillah kali ini saya berkesempatan untuk bersama-sama dengan mereka ke Program Meniti Titian Kasih, Pusat Jagaan Teduhan Zafrah (Warga Emas) di Muar, Johor.

Program ini anjuran sekumpulan anak muda yang bergerak bebas tanpa tajaan dari mana-mana pihak baik dari NGO ataupun Kerajaan. Menarik kan?? Saya selalu juga mengikuti aktiviti mereka sejak dari 2009 lagi. Hampir setiap bulan tanpa gagal mereka akan anjurkan aktiviti seperti ini.

Untuk aktiviti kali ini agak menarik kerana pelbagai aktiviti yang diadakan seperti Binaan Landskap, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Ramah Mesra bersama penghuni PJTZ dan Cabutan Bertuah. Yang paling best saya antara orang yang bertuah dapat hamper dari penganjur...hihi

Setibanya saya di PJTZ, saya lihat suasana sudah mula meriah, seakan-akan ada kenduri kahwin. Sebuah khemah didirikan bagi menyediakan tempat untuk pengunjung, juga disediakan 1 booth untuk pemeriksaan kesihatan secara percuma. Sempat juga saya turut serta cek kesihatan. Percuma kan....hihi




Acara dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis En. Syaiful, selepas itu ucapan dari Ketua Program iaitu En. Amzari dan seterusnya ucapan dari Pemilik PJTZ. Selepas itu acara tandatangan plak penghargaan bagi kerja-kerja Landskap yang diketuai Pn. Norhayati (Arkitek Landskap). Untuk makluman, penganjur telah memulakan aktiviti charity di PJTZ seminggu sebelum tarikh program, yang mana Pn. Norhayati dibantu oleh beberapa orang anak muda membuat binaan landskap di halaman rumah PJTZ. Penyerahan wang sumbangan melebihi RM10 ribu diserahkan oleh En. Amzari kepada pasangan pemilik rumah PJTZ. Menariknya wang RM10ribu itu bukan tajaan mana-mana pihak, hanya kutipan yang dibuat oleh jawatankuasa penganjur. Program diakhiri dengan ramah mesra bersama penghuni dan berakhir pada pukul 1.30tghr.









Pusat Jagaan Teduhan Zafrah (PJTZ)

PJTZ adalah sebuah rumah jagaan Warga Emas dan OKU yang memberi Perkhidmatan seperti Penjagaan Warga Emas, Penjagaan OKU, Palliative Care & Geriatrik Care, Penjagaan Waktu Bekerja dan Penjagaan Holistik (Fizikal, Mental, Emosional dan Sosial)

Bertempat di Taman Desa Sepayung, Muar, Johor.

Dimiliki dan diuruskan oleh 2 orang Anak Muda pasangan Suami Isteri. Diilhamkan oleh Pn. Nurfarah dan dibantu oleh suaminya En. Ariffin. Mempunyai lebih dari 10 penghuni warga emas yang dijaga seperti Ibu dan Ayah sendiri.

Menyediakan pelbagai aktiviti harian seperti Kelas Keagamaan, Senaman Kesihatan, Terapi/Pemulihan Fizikal dan Latihan/Aktiviti Vokasional.

PJTZ mendapat dana dengan sumbangan dan bantuan dari orang ramai. Mereka juga terima sumbangan dari Baitulmal dan JKM.

Jika anda berminat untuk menyumbang boleh terus hubungi Pn. Nurfarah 019-685 5649 dan En. Ariffin 013-3119462. Semoga dengan bantuan dan sumbangan dari pihak anda mendapat rahmat Allah dan bertambahlah saham akhirat anda.



Insya-ALLAH

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya." (Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)

Rahman Shariff