Thursday, 15 October 2015

TEDUHAN ZAFRAH

Assalamualaikum,

Sepatutnya artikel ini disiarkan pada Ogos yang lalu. Namun, atas kesibukan dan kekangan masa, maka baru kali ini artikel ini dapat disiarkan.

Pada Ogos yang lalu saya dijemput untuk mengikuti Program Charity anjuran sahabat saya yang juga mentor kepada saya iaitu En. Amzari. Sahabat2 di Melaka dan Muar memang kerap menganjurkan Program Charity sejak dari tahun 2009 lagi. Alhamdulillah kali ini saya berkesempatan untuk bersama-sama dengan mereka ke Program Meniti Titian Kasih, Pusat Jagaan Teduhan Zafrah (Warga Emas) di Muar, Johor.

Program ini anjuran sekumpulan anak muda yang bergerak bebas tanpa tajaan dari mana-mana pihak baik dari NGO ataupun Kerajaan. Menarik kan?? Saya selalu juga mengikuti aktiviti mereka sejak dari 2009 lagi. Hampir setiap bulan tanpa gagal mereka akan anjurkan aktiviti seperti ini.

Untuk aktiviti kali ini agak menarik kerana pelbagai aktiviti yang diadakan seperti Binaan Landskap, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Ramah Mesra bersama penghuni PJTZ dan Cabutan Bertuah. Yang paling best saya antara orang yang bertuah dapat hamper dari penganjur...hihi

Setibanya saya di PJTZ, saya lihat suasana sudah mula meriah, seakan-akan ada kenduri kahwin. Sebuah khemah didirikan bagi menyediakan tempat untuk pengunjung, juga disediakan 1 booth untuk pemeriksaan kesihatan secara percuma. Sempat juga saya turut serta cek kesihatan. Percuma kan....hihi




Acara dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis En. Syaiful, selepas itu ucapan dari Ketua Program iaitu En. Amzari dan seterusnya ucapan dari Pemilik PJTZ. Selepas itu acara tandatangan plak penghargaan bagi kerja-kerja Landskap yang diketuai Pn. Norhayati (Arkitek Landskap). Untuk makluman, penganjur telah memulakan aktiviti charity di PJTZ seminggu sebelum tarikh program, yang mana Pn. Norhayati dibantu oleh beberapa orang anak muda membuat binaan landskap di halaman rumah PJTZ. Penyerahan wang sumbangan melebihi RM10 ribu diserahkan oleh En. Amzari kepada pasangan pemilik rumah PJTZ. Menariknya wang RM10ribu itu bukan tajaan mana-mana pihak, hanya kutipan yang dibuat oleh jawatankuasa penganjur. Program diakhiri dengan ramah mesra bersama penghuni dan berakhir pada pukul 1.30tghr.









Pusat Jagaan Teduhan Zafrah (PJTZ)

PJTZ adalah sebuah rumah jagaan Warga Emas dan OKU yang memberi Perkhidmatan seperti Penjagaan Warga Emas, Penjagaan OKU, Palliative Care & Geriatrik Care, Penjagaan Waktu Bekerja dan Penjagaan Holistik (Fizikal, Mental, Emosional dan Sosial)

Bertempat di Taman Desa Sepayung, Muar, Johor.

Dimiliki dan diuruskan oleh 2 orang Anak Muda pasangan Suami Isteri. Diilhamkan oleh Pn. Nurfarah dan dibantu oleh suaminya En. Ariffin. Mempunyai lebih dari 10 penghuni warga emas yang dijaga seperti Ibu dan Ayah sendiri.

Menyediakan pelbagai aktiviti harian seperti Kelas Keagamaan, Senaman Kesihatan, Terapi/Pemulihan Fizikal dan Latihan/Aktiviti Vokasional.

PJTZ mendapat dana dengan sumbangan dan bantuan dari orang ramai. Mereka juga terima sumbangan dari Baitulmal dan JKM.

Jika anda berminat untuk menyumbang boleh terus hubungi Pn. Nurfarah 019-685 5649 dan En. Ariffin 013-3119462. Semoga dengan bantuan dan sumbangan dari pihak anda mendapat rahmat Allah dan bertambahlah saham akhirat anda.



Insya-ALLAH

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya." (Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)

Rahman Shariff

No comments:

Post a Comment