Thursday, 28 December 2017

Kehidupan seorang Pustakawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hampir 2 tahun menyepikan diri dari dunia blogger...hehehe...

Bukan membawa diri menyepi di hujung dunia, tetapi memberi perhatian pada perkara yang lebih mustahak. Apa pun, I'm back...hehehe

Kali ni saya nak kongsikan kehidupan seorang Pustakawan. Siapa pustakawan ni? apa yang best nak cerita pasal Pustakawan ni? Boleh dijadikan career ke Pustakawan ni?

Bila sebut Pustakawan, apa yang terlintas dibenak fikiran kita??

Ulat buku???
Budak nerd???
Pustakawan???ermmm...macam Pengawas Perpustakaan Sekolah tu ke???

Pustakawan menurut Dewan Bahasa dan Pustaka adalah orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam ttg perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan; ahli perpustakaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

Saya kongsi sedikit pengalaman saya selama 11 tahun terlibat dalam dunia kepustakawan ni.

Bermula sejak saya sambung pengajian ke peringkat Diploma. Saya ditawarkan Diploma Pengurusan Maklumat di UiTM Johor cawangan Segamat dari tahun 2002 hingga 2005. Masa mula-mula saya terima tawaran ni saya ingatkan jurusan IT sebab masa tu asal ada ayat Information je kira kategori IT la tu...sebab IT kan bermaksud Information Technology.

Lepas dah lapor diri baru tahu, nama lama bagi Diploma in Information Management ni adalah Diploma in Library Science. WOW.....kena jadi Librarian la lepas ni...jemmm oooo...sebab nya saya bukan orang yang rajin ke perpustakaan. Ya, masa sekolah dulu dari darjah 1 sampai form 5, kalau tak sebab cikgu suruh pergi perpustakaan memang saya tak tahu dekat mana letaknya perpustakaan dekat sekolah. Tiba-tiba ambil jurusan Perpustakaan.huhuhu

Make it short, habis belajar saya cuba untuk apply kerja diluar bidang perpustakaan. And you know what?? Tak ada satu pun yang berjaya. Last change, for the first time saya apply position Library Assistant guna Diploma yang ada dekat Monash University Malaysia tahun 2006. Alhamdulillah, terus diterima kerja.

Dari situ bermulalah journey saya sebagai sebahagian dari petugas-petugas di Perpustakaan. Dari bawah perlahan-lahan saya daki satu demi satu anak tangga dalam dunia pustakawan ni.

Tak kenal maka tak cinta

Ya, bila dah berada dalam dunia perpustakaan, baru sedar yang sebenarnya Pustakawan juga adalah salah satu career yang bagus sepertimana Doktor, Engineer dan lain-lain. Cuma recognition di Malaysia kurang sikit. But, nevermind, once you step in the Librarian world, as long as you have the passion, definately you will grow higher.

Dengan SPM, anda boleh bermula dari bawah dan naik satu demi satu anak tangga untuk berada di atas. Saya sendiri bermula dari Pembantu Perpustakaan, buat kerja-kerja kerani, buat kerja ikut arahan pegawai atau pustakawan. Lepas tu saya naik ke Penolong Pustakawan dengan menggunakan Diploma. Jangan berhenti disitu, sambung belajar ke peringkat Ijazah, anda boleh memegang jawatan Pustakawan. Dengan pengalaman kerja yang ada, anda boleh terus ke Senior Executive dan mungkin boleh terus ke Managerial Position.

Pustakawan, sebab kita dah terbiasa dari kecil bila nampak Pengawas Pustakawan ni macam budak nerd, ulat buku and so on, sebab tu kita rasa kerja sebagai Pustakawan ni jaga buku je kan....hehehe...
Di luar negara, terutamanya di Eropah, Pustakawan kini digelar Information Professional. Mereka dibayar gaji yang tinggi kerana mereka tahu bagaimana nak mencari, menyimpan dan menyebarkan maklumat yang betul dan sahih.

Ada banyak ilmu-ilmu kepustakawanan yang ada dan insya-Allah, jika diberi masa dan kekuatan, saya share dengan anda semua.

Till we meet again.

Wassalam


Wednesday, 27 July 2016

Mencari Yang Hilang

Kehidupan ini adalah ujian untuk dizahirkan kepada Allah siapakah yang lebih baik amalannya.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Mulk:2, yang bermaksud

" Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat);"

Mencari Yang Hilang

Pesan sahabat saya Tuan Haji Norwan, jangan kita leka kejar dunia sampai lupa akhirat.
Sedar ataupun tidak, ramai antara kita yang leka mengejar dunia, sampai terlupa akhirat.
Ramai yang takut miskin didunia, tapi tak takut papa di akhirat.
Pesan untuk diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang membaca,

Sebelum ia terus hilang, percepatkan lah untuk kembali ke jalan yang benar.

Rahman Shariff

Thursday, 31 March 2016

Seminar Eksplorasi Potensi Diri

Dalam pengenalan tentang diri saya, ada saya sebut tentang Seminar Eksplorasi Potensi Diri. Ada juga sahabat-sahabat yang bertanya pada saya, apa tu SEPD?

Macam ni, lebih kurang 8 tahun dulu, saya ikuti satu seminar tentang kaedah untuk mengenali potensi diri. Kos seminar dalam RM250/pax dekat Johor Bharu. Allah lembutkan hati saya untuk pergi seminar luar (bukan tajaan kerajaan) masa tu, sebabnya saya memang payah nak pergi seminar sendiri-sendiri ni. Dekat situ saya belajar tentang kenapa perlu kenali diri sendiri. Selalunya kita sibuk nak kenal orang lain, tapi kurang untuk kenal diri sendiri. Kaji potensi yang ada dalam diri.

Sebaik sahaja selesai sesi 4 jam mendalami Ilmu Sains Metafizik, saya tidaklah terus kenal potensi diri saya. Tapi sekurang-kurangnya saya dapat belajar 1 kaedah baru untuk saya lebih mengenali potensi yang ada dalam diri. Terus saya praktik dan jadikan "guideline" selagi tak terpesong dari Akidah Islam. Kenapa saya cakap macam tu? sebab kaedah itu bukan satu pegangan atau kepercayaan, so jangan terlalu taksub. Cukup sekadar jadikan panduan untuk kita memajukan diri kita melalui potensi yang ada pada setiap manusia.

Sebaik-baik ciptaan itu adalah Manusia.

So, selepas attend kelas tu, saya sambung ke kelas advance. Saya belajar dengan lebih dalam tentang keadah kenali diri tu. Masa tu saya belajar tentang kelebihan dan kelemahan diri. Senang cerita macam buat SWOT analysis untuk diri sendiri. Kaji dengan lebih dalam tentang Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman yang wujud dalam diri sendiri. Selalu buat SWOT analysis ni untuk setup company ke, buat research ke. Tak pernah pula buat untuk diri sendiri.

Lepas dari tu, saya terus praktik kan. Saya kaji tentang diri sendiri, saya berniaga ikut pada potensi yang ada, saya gabungkan dengan rakan-rakan niaga saya supaya perniagaan saya lebih lancar. Dan Doa sentiasa pada ALLAH.



Kira-kira 3 ke 4 tahun lepas, terbit idea untuk menyampaikan Ilmu tu pada orang lain. Maka lahirlah SEPD yang pada mulanya 2 kali sahaja dalam setahun. Lepas tu baru bertambah 3 kali setahun dan sekarang 4 kali setahun. Ada juga yang tanya kenapa tak buat tiap-tiap bulan. Terus terang saya cakap, SEPD bukan untuk buat untung besar. Tipu la kalau tak untung tiap kali dianjurkan, cuma untung nya kecil sahaja. Sangat kecil. Malah yuran pun sangat sedikit.

Untuk program akan datang Insya-ALLAH akan diadakan di Kuala Lumpur (April) dan Perak (Mei). Kalau ada siapa-siapa yang berminat untuk ikuti boleh follow blog ni, nanti saya akan bagi update terkini untuk seminar akan datang. 

Insya-Allah
Rahman Shariff


Tuesday, 22 December 2015

Berniaga...kenapa perlu jadi no 1??

Ramai orang kalau boleh nak jadi orang pertama yang buat sesuatu perniagaan tu.

Soalan saya kenapa ek???

Kenapa mesti kita kena jadi orang pertama?

Saya bukan tak setuju, tetapi cuba kita bayangkan sekarang kita di tengah-tengah hutan. Kita adalah orang pertama yang meneroka hutan tu. Mesti best kan, sebab tanah tu akan jadi milik kita. Cuma, cuba pula kita bayangkan, dengan tanpa ada apa-apa kemudahan, macam mana kita nak teroka tempat tu? Kita kena lalu susah payah yang teramat sangat untuk kita betul-betul berjaya meneroka dan membangunkan tempat tu. Ini contoh je eh...hehe, tapi betul tak???

Dalam zaman yang dah serba maju sekarang, kenapa tidak kita pilih untuk berniaga yang mana kita bukan orang pertama yang buat perniagaan itu. Kenapa? Sebab, kita boleh belajar dari pegalaman orang yang dah buat perniagaan itu. Contoh, kita buka kedai makan, sekarang dah banyak orang buka kedai makan, jadi kita bukan lah orang pertama yang buka kedai makan. Cuma apa yang kita boleh buat dengan kedai makan kita tu, dengan pengalaman dan ilmu orang lain, kita boleh menambahbaik kedai makan kita sehingga boleh bersaing dengan kedai makan yang lain.

Dalam erti kata lain, zaman sekarang kita tak perlu terlalu fikirkan nak jadi orang pertama yang menjalankan sesuatu perniagaan tu. Apa yang penting kita kena ada Mentor atau orang-orang yang dah terbukti berjaya untuk bimbing kita berniaga. Cuma apa pun, Ilmu pun kena la ada kan, tak boleh la nak berniaga burger, tapi Ilmu masak burger pun tak pandai. Sekurang-kurangnya kena ada ilmu asas untuk perniagaan yang kita nak buat tu selain dari ilmu perniagaan yang sememangnya sangat-sangat luas.

2015 nak habis dah, 2016 dah nak sampai. Anda sepatutnya lebih tahu, cabaran yang bakal dihadapi nanti. Berniagalah walau anda sudah kaya. Kenapa? tunggu artikel akan datang. hehehe

Rahman Shariff

Wednesday, 9 December 2015

4 Tingkat Rezeki

Ada 4 tingkat rezeki dari Allah:

1. Rezeki yang dijamin oleh Allah swt untuk setiap makhluk, termasuk manusia yang berakal. Ertinya Allah akan memberikan makan, minum untuk makhluk hidup di dunia ini. Ini adalah rezeki dasar yang terendah, seperti kita lihat orang-orang yang tinggal di hutan-hutan, mereka dapat tetap hidup walaupun tanpa ilmu Al Quran, Injil ataupun Taurat. Begitu pula orang-orang yang tinggal di kota-kota, walaupun ia tidak ada ilmu atau malas bekerja, ada sahaja orang yang membantu mereka untuk memberi makan. Apakah Anda ingin seperti itu? Jika mahu Anda pasti akan mendapat bantuan dari orang lain atau famili. Tak usah takut kalau tidak akan makan. Semua rezeki dijamin Allah swt. Pertanyaannya, apakah hidup kita ini hanya untuk makan?

2. Rezeki tingkat kedua adalah Allah akan memberikan rezeki kepada manusia dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan. Allah akan memberikan rezeki sesuai dengan apa yang dikerjakannya. Ertinya kalau ia bekerja dua jam, dapatlah hasil yang dua jam. Kalau kerja lebih lama, lebih rajin, lebih berilmu, lebih bersungguh-sungguh, ia akan mendapat lebih banyak. Allah Maha Adil. Kalau orang ingin mendapatkan rezeki lebih banyak, ia haruslah belajar lebih banyak dan bersungguh-sungguh bekerja. Itu adalah kuncinya.

3. Rezeki tingkat ketiga adalah rezeki yang "ditambah" oleh Allah swt. Inilah rezeki yang diberi kepada yang diinginkan oleh Allah swt. Kalau kita pandai pandai mensyukuri pemberian Tuhan dan manusia, Allah akan tambahkan. Kita dapat merasakan kasih sayang Allah swt kepada kita, kerana rezeki dan kebahagian selalu ditambahkan. 

Pemberian Tuhan : waktu, akal, panca indera digunakan untuk mencari ilmu dan bekerja bersungguh-sungguh, maka rezeki akan jauh lebih baik dari pada orang orang yang tidak ada ilmu, seperti contoh orang-orang hutan Brazil. Bertahun-tahun rezekinya tetap sahaja mencari akar tumbuh-tumbuhan. Atau orang-orang kota yang kurang ilmunya (malas) maka rezekinya lebih sedikit. Atau suatu bangsa yang rajin membaca buku, maka bangsanya lebih makmur daripada bangsa yang malas mencari ilmu. Lihatlah Jepun atau negara-negara Barat yang rajin membaca buku yang bermanfaat dan sudah menjadi budaya pada rakyatnya. Hidup mereka lebih sejahtera. Contoh kedua: orang yang pandai mensyukuri bantuan dari teman-temannya, atau dari siapa sahaja, ia akan mudah mendapat bantuan selanjutnya, tapi kalau ia tidak pandai mensyukuri, atau tidak pandai berterimakasih akan bantuan yang sudah diterimanya (bukan hanya berterimakasih dimulut sahaja) maka ia tidak akan dapat bantuan lagi. Hidupnya akan susah lagi. Bukan Allah yang menghendaki, tetapi ia sendiri yang tidak pandai bersyukur.

Orang-orang yang pandai, bersyukurlah kerana mendapat rezeki dan kebahagian yang lebih banyak. Janji Allah tidak meleset sedikit pun!  Orang yang pandai bersyukurlah yang dapat hidup bahagia, sejahtera dan tenteram. Usaha-usahanya akan mendapat kejayaan, kerana Allah tambahkan selalu. Kekayaannya digunakannya di jalan Allah, sangat dermawan, pangasih penyayang, taat menjalankan ibadah. Semoga Allah menggolongkan kita kepada golongan orang-orang pandai bersyukur.

"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." Q.S Luqman : 12

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." QS Luqman : 14

"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini)." QS An-Nisaa' : 79

"Orang-orang yang pandai bersyukur kepada Allah bererti ia pandai pula bersyukur kepada manusia, begitu pula sebaliknya." HR Baihaqi

4. Rezeki ke empat Allah berfirman; "Orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, Allah akan berikan rezeki dari sumber yang tidak diduga duga." Jadi rezeki yang ke empat ini amat istimewa, tidak semua orang yang boleh menerimanya, kecuali orang yang betul-betul bertaqwa kepada Allah swt. Tanda orang bertaqwa adalah; Kalau disebutkan ayat-ayat Allah kepadanya maka menggigil hatinya ketakutan. Cuba kaji diri bagaimana ketaqwaan kita kepada Allah? Sudahkan kita ketingkat orang yang bertaqwa seperti diatas? Semakin diri ini kenal dan takut akan Allah dan mencintai Allah, ertinya makin bertaqwa maka Allah akan bantu. Rezeki Allah akan tambah dari sumber yang tidak diduga. Jadi orang bertaqwa rezekinya banyak dan mudah. Kalau sedikit rezeki (miskin) pertanda ia kurang bertaqwa kepada Allah swt. Demikianlah Allah mengatakan dalam Al Quran. Janji Allah tidak pernah meleset dan selalu tepat.

Percayalah, hanya Allah maha mengetahui dan Maha Hebat.  Mudah saja, percaya dan yakin pada Dia, belajar kenal Dia, Dia (Allah) akan beri segalanya dan beri apa yang terbaik untuk hambaNya.  Kerana Dia Maha mengetahui.  Apapun niat itu harus diutamakan.  Niat itu penting.  Tatkala mencari rezki letakkan seawalnya pada Allah. 

Saya Da’ei bukan mufti.  Moga moga bermanfaat.

Naura Sabihah

edit by
Rahman Shariff

Friday, 13 November 2015

KELUAR DARI ZON KESELESAAN

PERKONGSIAN DARI SEORANG SAHABAT

KELUAR DARI ZON KESELESAAN

Pesan sahabat 10 tahun yang lepas ketika saya meninggalkan jawatan saya sebagai pegawai bank dan menceburi bidang perniagaan, saya ingat sampai ke hari ini.

“Sebagai usahawan, kena biasakan diri keluar dari zon keselesaan.
Zon selesa ni macam jalan kaki kat sebelah landasan keretapi, jul”
kata seorang sahabat saya, seorang usahawan luarbiasa

“Habis tu, Zon tak selesa tu macam mana? Kenapa kena biasakan diri?”
Tanya saya semula

“Zon tak selesa tu macam kau berjalan di atas landasan keretapi menuju ke terminal, Hidup ni banyak destinasi dan destinasi yang utama adalah syurga. Itulah destinasi terakhir kau. Apa yang kau rasa bila kau hanya boleh berjalan di atas landasan keretapi dan kau tak boleh keluar dari landasan tersebut? Walaupun pada ketika itu tanda-tanda keretapi nak lalu belum ada lagi dan kau tahu tak lama lagi keretapi akan tetap lalu di situ.”
ulasan sahabat diakhiri dengan persoalan

“Dah tentu aku lari selaju yang boleh bro. Aku akan pastikan aku sampai ke terminal. Penat macam mana pun aku ‘push to the limit’. Sebab aku sedar bila-bila masa aku boleh ‘jalan’. So, nak tak nak aku ‘all out’ la bro!”
Jawab aku penuh emosi, tiba-tiba aku mula faham

“Good! macam tu la bisnes dan kehidupan, ada orang masih fikir dia dalam zon selesa, berjalan di luar landasan sedangkan kita sentiasa berada di atas landasan kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Jangan sampai kita terlalu selesa sampaikan sedar tak sedar dugaan tu POM!!! menghentam kita tanpa kita bersedia. Pada ketika itu menangis air mata darah sekali pun tak guna bro!”
Jelasnya lagi

“Ok, sekarang aku faham! Terima kasih sahabat!”
Aku balik dengan penuh keazaman, perancangan, dan keyakinan untuk meneruskan jihad bisnes ini. Pada ketika itu baru ku tahu betapa ‘selesa’nya aku dengan apa yang ada disekeliling.

Alhamdulillah, hari ini masuk tahun ke-10 aku meninggalkan kerja makan gaji dan 10 tahun jugalah telah melalui jatuh bangun pahit manis dalam berniaga. Meninggalkan kerja yang menjanjikan bonus minimum 6 bulan setahun bukanlah mudah. Tapi, aku percaya kepada Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal.

Aku bersyukur kerana aku dipertemukan denganmu 10 tahun dahulu. Di mana jua kau berada moga kau bahagia sentiasa.

Credit to COACH EJUL LUTFI

Wednesday, 28 October 2015

Harta Dunia vs Harta Akhirat

"Manusia sekarang cari harta dunia seolah-olah harta dunia boleh beli syurga Allah" kata-kata dari seorang sahabat yang terus menusuk kalbu.

Zaman sekarang, menuntut ramai manusia mencari - cari peluang untuk memperolehi harta yang seselesa mungkin. Lebih mudah jika disimpulkan, mencari wang atau duit yang banyak.  Pernah dengar orang kata “Duit memang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit” Ayat biasa dengar kan. Nah, menarik kan? Banyak perkara telah berlaku sepanjang saya menelusuri kehidupan ini.  Dimana, setiap perkara itu tidak kisah baik atau buruk mempunyai hikmah yang terlalu banyak.  Jatuh bangun adalah fitrah kehidupan.  Miskin dan kaya itu juga memang telah Allah izinkan untuk kita sebagai manusia berfikir dan belajar.

Harta... kita akan fikir banyak duit. Duit mesti banyak. Semua berkisar duit. Dengan adanya duit boleh beli rumah, boleh beli kereta, boleh bayar ‘maid’, boleh sekolahkan anak anak dengan sekolah yang terbaik, boleh pergi melancong, kesimpulan nyata semua serba boleh. Malaysia BOLEH!! TETAPI.....haa.... ramai gilerr antara kita, yang LUPA akan DIA. Lupa dengan Pemberi rezki.  Kerja siang malam untuk mencari rezki. Mencari duit yang banyak.  Sebab apa? Mind set kata “ kalau aku tak cari duit mana ada rezki..” Berkata lagi “Nak cari rezki kena usaha lebih, baru ada rezki”  Betul..saya tak cakap salah. Betul kita harus kerja kuat, usaha lebih untuk mencapai kekayaan.  Tanpa kita sedar sebenarnya kita telah tersalah konsep tentang erti kebergantungan hidup ini HANYA KEPADA ALLAH.

Baik saya terbaca dari sebuah buku yang laris dipasaran iaitu Mudah Menjemput Rezki.  Saya diberi situasi begini :
“Allah yang memberi rezki tapi kita kena berusaha.”  Ayat pertama
“Kita kena berusaha tapi Allah yang memberi rezki.”  Ayat kedua.

Perhatikan ayat tersebut. Nampak sama kan. Tapi beza maksudnya.  Ayat pertama memberi maksud kita ini yakin akan Allah S.W.T.  Hanya dia yang member rezki. Cepat atau lambat. Kita hanya perlu menjalankan tugas kita sebagai hambaNya

Ayat kedua bermaksud  kita usaha dahulu baru Allah beri rezki. Betul dari segi usaha tapi kurang power dari segi keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah. Seolah Usaha itu yang memberi rezki.

Kita seringkali lihat, ramai ibu bapa kerja tungkus lumus siang malam untuk mencari rezki. Untuk jadi kaya, tapi solat seringkali dihujung waktu.  Bersedekah pun nak berkira.  Dengan anak anak pun nak berkira.  Kaya memang kaya, tapi kualiti kayanya bagaimana? Hatinya bagaimana? Janganlah nak berangan kaya raya kalau hubungan kita dengan Allah pun hai hai bye bye...

Kita sibuk mengejar kekayaan dunia. Anak anak pun kita sogokkan dengan duit dan kekayaan.  Alah..takper banyak duit boleh hantar anak ke sekolah bagus.  Sekolah tahfiz. Maklumlah ada duit. Betul..dan tak salah pun cara tu. Tetapi, silaturrahim antara Ibu Bapa dan anak itu sebenarnya memberi kesan dalam kehidupan dan apabila mati.

Betapa ramainya orang Islam yang cintakan dunia sehingga lupa kehidupan yang kekal. Yang Baqa’.  Bisa manusia itu menjadi lalai dengan kebendaan yang dikejarnya.

Seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud (Al Israk ayat 16:
“Dan jika kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu supaya melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan)Kami, kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur hancurnya”

Firman Allah lagi yang bermaksud (Surah AlQasas ayat 77)
“Tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan dari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) didunia “

Ini bermakna keduanya harus seiring. Namun,jika kita lebih mengambil berat tentang ukhrawi, tidak perlu disangkal, janji Allah itu Pasti.  Allah akan memberi rahmatNya dan NikmatNya dengan lebih.

Wallahua'lam

Rahman Shariff
Dengan bantuan Azira Ezeyvaristina