Friday, 13 November 2015

KELUAR DARI ZON KESELESAAN

PERKONGSIAN DARI SEORANG SAHABAT

KELUAR DARI ZON KESELESAAN

Pesan sahabat 10 tahun yang lepas ketika saya meninggalkan jawatan saya sebagai pegawai bank dan menceburi bidang perniagaan, saya ingat sampai ke hari ini.

“Sebagai usahawan, kena biasakan diri keluar dari zon keselesaan.
Zon selesa ni macam jalan kaki kat sebelah landasan keretapi, jul”
kata seorang sahabat saya, seorang usahawan luarbiasa

“Habis tu, Zon tak selesa tu macam mana? Kenapa kena biasakan diri?”
Tanya saya semula

“Zon tak selesa tu macam kau berjalan di atas landasan keretapi menuju ke terminal, Hidup ni banyak destinasi dan destinasi yang utama adalah syurga. Itulah destinasi terakhir kau. Apa yang kau rasa bila kau hanya boleh berjalan di atas landasan keretapi dan kau tak boleh keluar dari landasan tersebut? Walaupun pada ketika itu tanda-tanda keretapi nak lalu belum ada lagi dan kau tahu tak lama lagi keretapi akan tetap lalu di situ.”
ulasan sahabat diakhiri dengan persoalan

“Dah tentu aku lari selaju yang boleh bro. Aku akan pastikan aku sampai ke terminal. Penat macam mana pun aku ‘push to the limit’. Sebab aku sedar bila-bila masa aku boleh ‘jalan’. So, nak tak nak aku ‘all out’ la bro!”
Jawab aku penuh emosi, tiba-tiba aku mula faham

“Good! macam tu la bisnes dan kehidupan, ada orang masih fikir dia dalam zon selesa, berjalan di luar landasan sedangkan kita sentiasa berada di atas landasan kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Jangan sampai kita terlalu selesa sampaikan sedar tak sedar dugaan tu POM!!! menghentam kita tanpa kita bersedia. Pada ketika itu menangis air mata darah sekali pun tak guna bro!”
Jelasnya lagi

“Ok, sekarang aku faham! Terima kasih sahabat!”
Aku balik dengan penuh keazaman, perancangan, dan keyakinan untuk meneruskan jihad bisnes ini. Pada ketika itu baru ku tahu betapa ‘selesa’nya aku dengan apa yang ada disekeliling.

Alhamdulillah, hari ini masuk tahun ke-10 aku meninggalkan kerja makan gaji dan 10 tahun jugalah telah melalui jatuh bangun pahit manis dalam berniaga. Meninggalkan kerja yang menjanjikan bonus minimum 6 bulan setahun bukanlah mudah. Tapi, aku percaya kepada Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal.

Aku bersyukur kerana aku dipertemukan denganmu 10 tahun dahulu. Di mana jua kau berada moga kau bahagia sentiasa.

Credit to COACH EJUL LUTFI

No comments:

Post a Comment