Monday, 15 June 2015

Berniaga & Ramadhan

السلام عليك

Alhamdulillah, jika diizinkan ALLAH, dapat kita sama-sama menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada tahun 2015/1436H. Sekali lagi kita berpeluang untuk menggandakan amal ibadah kita. Moga-moga timbangan pahala kita kian bertambah. Insya-Allah.

Bulan Ramadhan juga menjadi bulan untuk menggandakan Pendapatan masing-masing. Berebut-rebut yang nak berniaga untuk dapat duit lebih sebab nak raikan Aidilfitri nanti.

Cuma, kenapa mesti tunggu Ramadhan baru nak berniaga?

Kenapa bulan-bulan lain tak cuba untuk berniaga?

Kenapa nak gandakan pendapatan hanya di bulan Ramadhan sahaja?

Cuba untuk kali ini, jadikan bulan Ramadhan ini sebagai permulaan untuk kita terus konsisten berniaga. Tiap-tiap bulan kita gandakan pendapatan kita. Kan lagi bagus...

Satu ketika dahulu saya pernah memberi pandangan pada kedua Ibu Bapa saya. Saya menyarankan mereka mula berniaga di Bazar Ramadhan. Alhamdulillah, pendapatan memberansangkan. Habis Ramadhan saya minta mereka terus berniaga, sewa tapak, tumpang kedai orang. Asalkan terus konsisten berniaga.

Hari ini mereka punya kedai sendiri, yang mana pendapatan bulan Ramadhan yang biasanya setahun sekali, mula dinikmati tiap-tiap bulan.

Jika Ibu dan Bapa saya boleh dengan peringkat umur mereka. Saya rasa anda juga boleh. Mulakan berniaga dalam bulan Ramadhan ini dan terus konsisten. Anda pasti peroleh kejayaan. Yang penting KONSISTEN.

Doa
Usaha
Istiqamah
Tawakkal

Berniaga itu Sunnah.
Bekerja itu Ibadah.
Rebutlah kedua-duanya.

Insya-ALLAH

Rahman Shariff

Wednesday, 3 June 2015

PERNAH TAK?

Pernah tak, ada dalam situasi ni??

>>> Bawa mak ayah pergi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar. Sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita, kadang-kadang terpaksa meminjam. Ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar.

>>> Bawa mak ayah pergi pasar malam / supermarket. Mak ayah bayar sendiri, sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri.

>>> Mak ayah pegang apa-apa tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita. Dulu, berguling-guling kita memberontak nak kan sesuatu.

>>> Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih. Padahal dulu kita menangis-nangis nak KFC, mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja.

>>> Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung. Padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan.

>>> Waktu balik kampung tak hulur wang belanja padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit blanja.

>>> Tak payah cakap bab memberi, sampai dah kahwin dah ada anak pun masih meminta pada mak ayah. Waktu seronok, waktu senang, insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita, rai kan bersama. Tapi waktu susah, waktu musibah, insan pertama yang kita cari ialah mak ayah.

>>> Mak ayah kita tak pernah berfikir 2 kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda waktu tu. Tak pernah sebut dan bagi alasan, semuanya ditelan. Sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit, panjang berjela penerangan kita, untuk itu ini.

Persoalannya SAMPAI BILA????

Agak-agak BILA baru kita mampu nak beri balik. Bukan soal wang, sikit atau banyak. Sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit.

Ingat, setiap kali kita memberi ALASAN, umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk tunggu kita "MAMPU".

Bagi mereka yang sudah tiada mak ayah, ia bukan alasan untuk kita berhenti memberi pada mereka. Jangan pernah berhenti mendoakan untuk mereka. Wakafkan sesuatu untuk mereka.
Renungan dan ingatan untuk terus kuat buat diri "sendiri" dan mereka yang saya sayang, masih banyak yang harus diperbetulkan. JANJI untuk jadi yang terbaik dan beri yang terbaik buat mereka.

Insya-ALLAH

Rahman Shariff

Impian dan Harapan

Apa perasaan anda bilamana Impian dan Harapan anda diperlekehkan, ditertawakan malah dihancurkan. Marah bukan? kalau anda tidak marah, mungkin Impian anda sekadar angan-angan Mat Jenin.

Kadang-kadang kita berimpian mahukan kehidupan yang selesa, tidak dibebani hutang, tidak dihantui dengan punch card setiap pagi dan macam-macam lagi. Namun, ada sahaja orang memperlekehkan Impian anda itu. Yang mana akhirnya Impian sekadar Impian...Harapan tinggal harapan...

Tidak adil rasanya andai kita meletakkan impian dan harapan kita itu pada orang lain. Tidak sepatutnya kita membiarkan orang lain merampas, memperlekeh dan mempermainkan impian kita. Kerana kita adalah ciptaan hebat dari Pencipta. Kita penentu kejayaan diri kita sendiri.

Yang nak berjaya itu anda, yang nak gagal juga anda. Anda berjaya orang mengata, anda gagal juga orang mengata. Jadi pilihan ditangan anda. Anda tinggal pilih sahaja, Berjaya atau Gagal!!!

Orang lain boleh kata apa sahaja, tetapi impian itu impian anda. Impian demi keluarga tercinta, demi insan tersayang dan demi masa depan yang cerah. Pedulikan apa orang lain ingin katakan, pedulikan sindiran orang. Anda cuma perlu fokus, fokus dan terus fokus mengejar cita-cita anda. Jangan biarkan orang yang mentertawakan anda tetap terus mentertawakan anda. Diamkan mereka dengan cerita-cerita kejayaan anda dalam mengejar impian dan harapan anda.

Teruskan berimpian dan bercita-cita tinggi. Kerana itu motivasi untuk diri anda sendiri. Pekakkan telinga dengan kata-kata negatif orang lain. Terus kejar cita-cita anda.

Buat perancangan yang teliti, bertindak mengikut rancangan anda, cari orang-orang yang boleh bantu anda untuk capai impian anda, sentiasa belajar dan terus belajar upgrade knowledge anda dan akhir sekali buat,buat dan terus buat sehingga berjaya.

Insya-ALLAH

Rahman Shariff