Wednesday, 3 June 2015

Impian dan Harapan

Apa perasaan anda bilamana Impian dan Harapan anda diperlekehkan, ditertawakan malah dihancurkan. Marah bukan? kalau anda tidak marah, mungkin Impian anda sekadar angan-angan Mat Jenin.

Kadang-kadang kita berimpian mahukan kehidupan yang selesa, tidak dibebani hutang, tidak dihantui dengan punch card setiap pagi dan macam-macam lagi. Namun, ada sahaja orang memperlekehkan Impian anda itu. Yang mana akhirnya Impian sekadar Impian...Harapan tinggal harapan...

Tidak adil rasanya andai kita meletakkan impian dan harapan kita itu pada orang lain. Tidak sepatutnya kita membiarkan orang lain merampas, memperlekeh dan mempermainkan impian kita. Kerana kita adalah ciptaan hebat dari Pencipta. Kita penentu kejayaan diri kita sendiri.

Yang nak berjaya itu anda, yang nak gagal juga anda. Anda berjaya orang mengata, anda gagal juga orang mengata. Jadi pilihan ditangan anda. Anda tinggal pilih sahaja, Berjaya atau Gagal!!!

Orang lain boleh kata apa sahaja, tetapi impian itu impian anda. Impian demi keluarga tercinta, demi insan tersayang dan demi masa depan yang cerah. Pedulikan apa orang lain ingin katakan, pedulikan sindiran orang. Anda cuma perlu fokus, fokus dan terus fokus mengejar cita-cita anda. Jangan biarkan orang yang mentertawakan anda tetap terus mentertawakan anda. Diamkan mereka dengan cerita-cerita kejayaan anda dalam mengejar impian dan harapan anda.

Teruskan berimpian dan bercita-cita tinggi. Kerana itu motivasi untuk diri anda sendiri. Pekakkan telinga dengan kata-kata negatif orang lain. Terus kejar cita-cita anda.

Buat perancangan yang teliti, bertindak mengikut rancangan anda, cari orang-orang yang boleh bantu anda untuk capai impian anda, sentiasa belajar dan terus belajar upgrade knowledge anda dan akhir sekali buat,buat dan terus buat sehingga berjaya.

Insya-ALLAH

Rahman Shariff


No comments:

Post a Comment