السلام عليك
Alhamdulillah, jika diizinkan ALLAH, dapat kita sama-sama menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada tahun 2015/1436H. Sekali lagi kita berpeluang untuk menggandakan amal ibadah kita. Moga-moga timbangan pahala kita kian bertambah. Insya-Allah.
Bulan Ramadhan juga menjadi bulan untuk menggandakan Pendapatan masing-masing. Berebut-rebut yang nak berniaga untuk dapat duit lebih sebab nak raikan Aidilfitri nanti.
Cuma, kenapa mesti tunggu Ramadhan baru nak berniaga?
Kenapa bulan-bulan lain tak cuba untuk berniaga?
Kenapa nak gandakan pendapatan hanya di bulan Ramadhan sahaja?
Cuba untuk kali ini, jadikan bulan Ramadhan ini sebagai permulaan untuk kita terus konsisten berniaga. Tiap-tiap bulan kita gandakan pendapatan kita. Kan lagi bagus...
Satu ketika dahulu saya pernah memberi pandangan pada kedua Ibu Bapa saya. Saya menyarankan mereka mula berniaga di Bazar Ramadhan. Alhamdulillah, pendapatan memberansangkan. Habis Ramadhan saya minta mereka terus berniaga, sewa tapak, tumpang kedai orang. Asalkan terus konsisten berniaga.
Hari ini mereka punya kedai sendiri, yang mana pendapatan bulan Ramadhan yang biasanya setahun sekali, mula dinikmati tiap-tiap bulan.
Jika Ibu dan Bapa saya boleh dengan peringkat umur mereka. Saya rasa anda juga boleh. Mulakan berniaga dalam bulan Ramadhan ini dan terus konsisten. Anda pasti peroleh kejayaan. Yang penting KONSISTEN.
Doa
Usaha
Istiqamah
Tawakkal
Berniaga itu Sunnah.
Bekerja itu Ibadah.
Rebutlah kedua-duanya.
Insya-ALLAH
Rahman Shariff
No comments:
Post a Comment