Sunday, 31 May 2015

Rahsia Kejayaan

Ramai antara kita pasti ingin kan kejayaan. Baik kejayaan di atas muka bumi mahupun kejayaan di akhirat kelak.

Segala kejayaan yg diperlukan pasti diiringi dengan pengorbanan. Cuma, ramai pula yang nak berjaya tapi tak mahu lakukan pengorbanan. Mana mungkin... betul tak?

Ada 3 pengorbanan besar yang harus dilakukan demi mencapai kejayaan. Apakah ia?

1. Pengorbanan MASA

Semua orang punya 24jam sehari, namun tak semua orang betul-betul menggunakan semua masa yang ada.

Jika anda sedang bekerja, dan bercadang untuk melakukan kerja-kerja sambilan, suka atau tidak anda mesti mengorbankan masa anda.

Cuma, bagi orang-orang yang bermindakan seorang jutawan. Pengorbanan itu hanya sementara. Pada awalnya mungkin anda sampai tahap tiada masa pada keluarga, kawan-kawan dan paling teruk pada diri sendiri.

Tapi, anda harus ada perancangan agar satu hari nanti anda punya masa yang sangat banyak dan MASA mula bekerja untuk anda.

2. Pengorbanan DUIT

Dalam Islam diajar untuk bersedekah. Korban kan harta anda, maka ALLAH akan gandakan.

Duit bukan segala-galanya...namun, dalam zaman ini segala-galanya perlukan duit. Untuk berjaya juga perlukan duit.

Nak berjaya dalam pelajaran, anda harus bayar yuran dan segala kos melibatkan asignment dan sebagainya. Nak berjaya dalam perniagaan, anda harus ada modal mula dan modal pusing. Nak berjaya diakhirat, anda kena bersedekah ke jalan ALLAH.

Perancangan harus ada, agar satu hari nanti, pengorbanan anda ini tidak sia-sia dan DUIT juga bekerja untuk anda.

3. Pengorbanan TENAGA

Manusia ibarat bateri. Bila terlalu lama digunakan tenaganya, maka ia perlu di cas semula dengan rehat dan tidur.

Untuk anda melakukan sesuatu demi mencapai kejayaan yang ada impikan, anda harus punya tenaga yang banyak. Mungkin sehingga terpaksa menggunakan waktu rehat anda untuk bekerja.

Penat?? Ye, memang penat...tapi renungkan, bila kejayaan sudah digenggaman, segala penat lelah itu akan berbayar.

Bersediakah anda untuk melakukan pengorbanan?

Jangan tunggu sempurna untuk bermula. Berkorban hari ini, demi masa depan yang lebih indah akan datang.

Insya-ALLAH

Rahman Shariff

Saturday, 30 May 2015

Membuka pintu Rezeki

Suatu hari saya lepak minum dekat kedai sahabat saya yang saya kenal dari kecil. Kebiasaannya saya akan datang kedai selepas solat Isyak. Tapi hari tu tergerak untuk datang awal, saja nak lihat persiapan untuk buka kedai makan.

Sambil-sambil pekena Nescafe O panas, saya dapat lihat gelagat sahabat saya bila terima wang pertama untuk hari itu. Gelagat dia buat saya ingin tahu, apa yang dibuatnya.

Sahabat saya akan terima wang pertama hasil perniagaan dia dengan sangat cermat. Diambil, dibacakan doa, dan simpan dengan cermat. Tak pernah lagi saya lihat gelagat peniaga kedai makan macam tu.

Saya terus panggil sahabat saya itu dan terus bertanya "Apa yang kau buat dan apa yang kau baca?" Terus diberi ayat ini pada saya. Katanya lagi " Wang pertama setiap kali buka kedai adalah ibu duit pada aku, kena percaya yang rezeki itu dari ALLAH. Ini yang pertama diterima untuk hari ini, kena hargai dan bersyukur, walaupun nilainya sekadar RM1.00. Baca la ayat ini, mudah-mudahan ALLAH tambah lagi dan lagi."

Wow, ILMU baru ni. Saya tidak pernah diajar tentang ILMU ini. Terus saya amalkan. Setiap kali menerima wang, atau projek, atau apa sahaja rezeki, saya akan baca ayat ini. Kini, ianya menjadi rutin harian saya. Alhamdulillah, rezeki ALLAH itu MAHA LUAS. Kita kena percaya dan USAHA.

Amalkan lah, anda akan rasa perbezaan nya.

Insya-ALLAH

Rahman Shariff

Friday, 29 May 2015

ANGAN-ANGAN

Angan-angan Mat Jenin!

Ramai antara kita takut nak berangan-angan. Sebab apa? Sebab kita selalu dibayangi dengan Kisah Mat Jenin. Berangan menjadi kaya raya. Tidak salah untuk berangan-angan, cuma mesti kena pada tempatnya. Jangan duduk atas pokok, itu yang mati akibat jatuh pokok.

Dari kisah Mat Jenin, kita dapat ambil pengajaran yang mana jika ingin berangan-angan kena ada perancangan untuk merealisasikannya. Jangan hanya tahu berangan-angan namun untuk bertindak jauh sekali.

Teringat ketika saya mula-mula kenal pada dunia perniagaan. Antara seminar pertama yang saya hadiri adalah RAHSIA MINDA JUTAWAN. Diajar tentang apa itu Law of Attraction. Dalam bahasa mudah, diajar berangan-angan dan berimpian.

Impian dan angan-angan harus ada dalam diri supaya kita dapat motivasi untuk terus bertindak merealisasikan apa yang kita inginkan.

Ramai Usahawan dan Jutawan yang ada di seluruh dunia bermula dengan sekadar angan-angan. Dengan hanya berangan-angan untuk menaiki kapal terbang murah, maka wujud lah AirAsia. Hanya dengan angan-angan beliau menjadi jutawan.

Jadi, jangan takut untuk berangan-angan dan memasang impian setinggi gunung. Lakukan dengan gambaran yang jelas. Buat "Dream Board" anda, letak atau gantungkan ditempat yang mudah untuk dilihat. Tak perlu segan, kerana itu juga satu DOA. Tindakan anda akan menjurus kearah apa yang anda IMPIKAN.

Cuba la kalau tak percaya!!

Dare to Dreams

Rahman Shariff

Thursday, 28 May 2015

Coretan Pertama

ASSALAMUALAIKUM

Coretan Pertama

Lihat pada sahabat-sahabat yang aktif sebagai blogger, terpanggil nak merasai sendiri pengalaman berkongsi cerita, idea atau apa sahaja dalam blog. 

Biasalah, pada orang baru yang biasanya dengar dan lihat, memang untuk melakukan tindakan memang agak mencabar. Walaupun menaip seorang diri pun boleh gelabah macam nak bercakap depan ribuan orang. hehe

Cuba untuk mengikuti arus zaman supaya tidak terlalu jauh ketinggalan, maka blog ini wujud. Biar pada asal nya ikut-ikut, tapi mana tahu, lama-lama boleh memberi inspirasi pada yang lain.

Kalau tidak dirasa, manakan boleh nak bercerita. Pengalaman adalah guru yang paling hebat dalam membentuk peribadi. Semoga dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada, boleh dikongsi untuk manfaat bersama.

Insya-ALLAH

Rahman Shariff