Friday, 29 May 2015

ANGAN-ANGAN

Angan-angan Mat Jenin!

Ramai antara kita takut nak berangan-angan. Sebab apa? Sebab kita selalu dibayangi dengan Kisah Mat Jenin. Berangan menjadi kaya raya. Tidak salah untuk berangan-angan, cuma mesti kena pada tempatnya. Jangan duduk atas pokok, itu yang mati akibat jatuh pokok.

Dari kisah Mat Jenin, kita dapat ambil pengajaran yang mana jika ingin berangan-angan kena ada perancangan untuk merealisasikannya. Jangan hanya tahu berangan-angan namun untuk bertindak jauh sekali.

Teringat ketika saya mula-mula kenal pada dunia perniagaan. Antara seminar pertama yang saya hadiri adalah RAHSIA MINDA JUTAWAN. Diajar tentang apa itu Law of Attraction. Dalam bahasa mudah, diajar berangan-angan dan berimpian.

Impian dan angan-angan harus ada dalam diri supaya kita dapat motivasi untuk terus bertindak merealisasikan apa yang kita inginkan.

Ramai Usahawan dan Jutawan yang ada di seluruh dunia bermula dengan sekadar angan-angan. Dengan hanya berangan-angan untuk menaiki kapal terbang murah, maka wujud lah AirAsia. Hanya dengan angan-angan beliau menjadi jutawan.

Jadi, jangan takut untuk berangan-angan dan memasang impian setinggi gunung. Lakukan dengan gambaran yang jelas. Buat "Dream Board" anda, letak atau gantungkan ditempat yang mudah untuk dilihat. Tak perlu segan, kerana itu juga satu DOA. Tindakan anda akan menjurus kearah apa yang anda IMPIKAN.

Cuba la kalau tak percaya!!

Dare to Dreams

Rahman Shariff

No comments:

Post a Comment