Suatu hari saya lepak minum dekat kedai sahabat saya yang saya kenal dari kecil. Kebiasaannya saya akan datang kedai selepas solat Isyak. Tapi hari tu tergerak untuk datang awal, saja nak lihat persiapan untuk buka kedai makan.
Sambil-sambil pekena Nescafe O panas, saya dapat lihat gelagat sahabat saya bila terima wang pertama untuk hari itu. Gelagat dia buat saya ingin tahu, apa yang dibuatnya.
Sahabat saya akan terima wang pertama hasil perniagaan dia dengan sangat cermat. Diambil, dibacakan doa, dan simpan dengan cermat. Tak pernah lagi saya lihat gelagat peniaga kedai makan macam tu.
Saya terus panggil sahabat saya itu dan terus bertanya "Apa yang kau buat dan apa yang kau baca?" Terus diberi ayat ini pada saya. Katanya lagi " Wang pertama setiap kali buka kedai adalah ibu duit pada aku, kena percaya yang rezeki itu dari ALLAH. Ini yang pertama diterima untuk hari ini, kena hargai dan bersyukur, walaupun nilainya sekadar RM1.00. Baca la ayat ini, mudah-mudahan ALLAH tambah lagi dan lagi."
Wow, ILMU baru ni. Saya tidak pernah diajar tentang ILMU ini. Terus saya amalkan. Setiap kali menerima wang, atau projek, atau apa sahaja rezeki, saya akan baca ayat ini. Kini, ianya menjadi rutin harian saya. Alhamdulillah, rezeki ALLAH itu MAHA LUAS. Kita kena percaya dan USAHA.
Amalkan lah, anda akan rasa perbezaan nya.
Insya-ALLAH
Rahman Shariff
No comments:
Post a Comment