Sunday, 31 May 2015

Rahsia Kejayaan

Ramai antara kita pasti ingin kan kejayaan. Baik kejayaan di atas muka bumi mahupun kejayaan di akhirat kelak.

Segala kejayaan yg diperlukan pasti diiringi dengan pengorbanan. Cuma, ramai pula yang nak berjaya tapi tak mahu lakukan pengorbanan. Mana mungkin... betul tak?

Ada 3 pengorbanan besar yang harus dilakukan demi mencapai kejayaan. Apakah ia?

1. Pengorbanan MASA

Semua orang punya 24jam sehari, namun tak semua orang betul-betul menggunakan semua masa yang ada.

Jika anda sedang bekerja, dan bercadang untuk melakukan kerja-kerja sambilan, suka atau tidak anda mesti mengorbankan masa anda.

Cuma, bagi orang-orang yang bermindakan seorang jutawan. Pengorbanan itu hanya sementara. Pada awalnya mungkin anda sampai tahap tiada masa pada keluarga, kawan-kawan dan paling teruk pada diri sendiri.

Tapi, anda harus ada perancangan agar satu hari nanti anda punya masa yang sangat banyak dan MASA mula bekerja untuk anda.

2. Pengorbanan DUIT

Dalam Islam diajar untuk bersedekah. Korban kan harta anda, maka ALLAH akan gandakan.

Duit bukan segala-galanya...namun, dalam zaman ini segala-galanya perlukan duit. Untuk berjaya juga perlukan duit.

Nak berjaya dalam pelajaran, anda harus bayar yuran dan segala kos melibatkan asignment dan sebagainya. Nak berjaya dalam perniagaan, anda harus ada modal mula dan modal pusing. Nak berjaya diakhirat, anda kena bersedekah ke jalan ALLAH.

Perancangan harus ada, agar satu hari nanti, pengorbanan anda ini tidak sia-sia dan DUIT juga bekerja untuk anda.

3. Pengorbanan TENAGA

Manusia ibarat bateri. Bila terlalu lama digunakan tenaganya, maka ia perlu di cas semula dengan rehat dan tidur.

Untuk anda melakukan sesuatu demi mencapai kejayaan yang ada impikan, anda harus punya tenaga yang banyak. Mungkin sehingga terpaksa menggunakan waktu rehat anda untuk bekerja.

Penat?? Ye, memang penat...tapi renungkan, bila kejayaan sudah digenggaman, segala penat lelah itu akan berbayar.

Bersediakah anda untuk melakukan pengorbanan?

Jangan tunggu sempurna untuk bermula. Berkorban hari ini, demi masa depan yang lebih indah akan datang.

Insya-ALLAH

Rahman Shariff

No comments:

Post a Comment