Tuesday, 22 December 2015
Berniaga...kenapa perlu jadi no 1??
Soalan saya kenapa ek???
Kenapa mesti kita kena jadi orang pertama?
Saya bukan tak setuju, tetapi cuba kita bayangkan sekarang kita di tengah-tengah hutan. Kita adalah orang pertama yang meneroka hutan tu. Mesti best kan, sebab tanah tu akan jadi milik kita. Cuma, cuba pula kita bayangkan, dengan tanpa ada apa-apa kemudahan, macam mana kita nak teroka tempat tu? Kita kena lalu susah payah yang teramat sangat untuk kita betul-betul berjaya meneroka dan membangunkan tempat tu. Ini contoh je eh...hehe, tapi betul tak???
Dalam zaman yang dah serba maju sekarang, kenapa tidak kita pilih untuk berniaga yang mana kita bukan orang pertama yang buat perniagaan itu. Kenapa? Sebab, kita boleh belajar dari pegalaman orang yang dah buat perniagaan itu. Contoh, kita buka kedai makan, sekarang dah banyak orang buka kedai makan, jadi kita bukan lah orang pertama yang buka kedai makan. Cuma apa yang kita boleh buat dengan kedai makan kita tu, dengan pengalaman dan ilmu orang lain, kita boleh menambahbaik kedai makan kita sehingga boleh bersaing dengan kedai makan yang lain.
Dalam erti kata lain, zaman sekarang kita tak perlu terlalu fikirkan nak jadi orang pertama yang menjalankan sesuatu perniagaan tu. Apa yang penting kita kena ada Mentor atau orang-orang yang dah terbukti berjaya untuk bimbing kita berniaga. Cuma apa pun, Ilmu pun kena la ada kan, tak boleh la nak berniaga burger, tapi Ilmu masak burger pun tak pandai. Sekurang-kurangnya kena ada ilmu asas untuk perniagaan yang kita nak buat tu selain dari ilmu perniagaan yang sememangnya sangat-sangat luas.
2015 nak habis dah, 2016 dah nak sampai. Anda sepatutnya lebih tahu, cabaran yang bakal dihadapi nanti. Berniagalah walau anda sudah kaya. Kenapa? tunggu artikel akan datang. hehehe
Rahman Shariff
Wednesday, 9 December 2015
4 Tingkat Rezeki
Friday, 13 November 2015
KELUAR DARI ZON KESELESAAN
PERKONGSIAN DARI SEORANG SAHABAT
KELUAR DARI ZON KESELESAAN
Pesan sahabat 10 tahun yang lepas ketika saya meninggalkan jawatan saya sebagai pegawai bank dan menceburi bidang perniagaan, saya ingat sampai ke hari ini.
“Sebagai usahawan, kena biasakan diri keluar dari zon keselesaan.
Zon selesa ni macam jalan kaki kat sebelah landasan keretapi, jul”
kata seorang sahabat saya, seorang usahawan luarbiasa
“Habis tu, Zon tak selesa tu macam mana? Kenapa kena biasakan diri?”
Tanya saya semula
“Zon tak selesa tu macam kau berjalan di atas landasan keretapi menuju ke terminal, Hidup ni banyak destinasi dan destinasi yang utama adalah syurga. Itulah destinasi terakhir kau. Apa yang kau rasa bila kau hanya boleh berjalan di atas landasan keretapi dan kau tak boleh keluar dari landasan tersebut? Walaupun pada ketika itu tanda-tanda keretapi nak lalu belum ada lagi dan kau tahu tak lama lagi keretapi akan tetap lalu di situ.”
ulasan sahabat diakhiri dengan persoalan
“Dah tentu aku lari selaju yang boleh bro. Aku akan pastikan aku sampai ke terminal. Penat macam mana pun aku ‘push to the limit’. Sebab aku sedar bila-bila masa aku boleh ‘jalan’. So, nak tak nak aku ‘all out’ la bro!”
Jawab aku penuh emosi, tiba-tiba aku mula faham
“Good! macam tu la bisnes dan kehidupan, ada orang masih fikir dia dalam zon selesa, berjalan di luar landasan sedangkan kita sentiasa berada di atas landasan kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Jangan sampai kita terlalu selesa sampaikan sedar tak sedar dugaan tu POM!!! menghentam kita tanpa kita bersedia. Pada ketika itu menangis air mata darah sekali pun tak guna bro!”
Jelasnya lagi
“Ok, sekarang aku faham! Terima kasih sahabat!”
Aku balik dengan penuh keazaman, perancangan, dan keyakinan untuk meneruskan jihad bisnes ini. Pada ketika itu baru ku tahu betapa ‘selesa’nya aku dengan apa yang ada disekeliling.
Alhamdulillah, hari ini masuk tahun ke-10 aku meninggalkan kerja makan gaji dan 10 tahun jugalah telah melalui jatuh bangun pahit manis dalam berniaga. Meninggalkan kerja yang menjanjikan bonus minimum 6 bulan setahun bukanlah mudah. Tapi, aku percaya kepada Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal.
Aku bersyukur kerana aku dipertemukan denganmu 10 tahun dahulu. Di mana jua kau berada moga kau bahagia sentiasa.
Credit to COACH EJUL LUTFI
Wednesday, 28 October 2015
Harta Dunia vs Harta Akhirat
"Manusia sekarang cari harta dunia seolah-olah harta dunia boleh beli syurga Allah" kata-kata dari seorang sahabat yang terus menusuk kalbu.
Zaman sekarang, menuntut ramai manusia mencari - cari peluang untuk memperolehi harta yang seselesa mungkin. Lebih mudah jika disimpulkan, mencari wang atau duit yang banyak. Pernah dengar orang kata “Duit memang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit” Ayat biasa dengar kan. Nah, menarik kan? Banyak perkara telah berlaku sepanjang saya menelusuri kehidupan ini. Dimana, setiap perkara itu tidak kisah baik atau buruk mempunyai hikmah yang terlalu banyak. Jatuh bangun adalah fitrah kehidupan. Miskin dan kaya itu juga memang telah Allah izinkan untuk kita sebagai manusia berfikir dan belajar.
Harta... kita akan fikir banyak duit. Duit mesti banyak. Semua berkisar duit. Dengan adanya duit boleh beli rumah, boleh beli kereta, boleh bayar ‘maid’, boleh sekolahkan anak anak dengan sekolah yang terbaik, boleh pergi melancong, kesimpulan nyata semua serba boleh. Malaysia BOLEH!! TETAPI.....haa.... ramai gilerr antara kita, yang LUPA akan DIA. Lupa dengan Pemberi rezki. Kerja siang malam untuk mencari rezki. Mencari duit yang banyak. Sebab apa? Mind set kata “ kalau aku tak cari duit mana ada rezki..” Berkata lagi “Nak cari rezki kena usaha lebih, baru ada rezki” Betul..saya tak cakap salah. Betul kita harus kerja kuat, usaha lebih untuk mencapai kekayaan. Tanpa kita sedar sebenarnya kita telah tersalah konsep tentang erti kebergantungan hidup ini HANYA KEPADA ALLAH.
Baik saya terbaca dari sebuah buku yang laris dipasaran iaitu Mudah Menjemput Rezki. Saya diberi situasi begini :
“Allah yang memberi rezki tapi kita kena berusaha.” Ayat pertama
“Kita kena berusaha tapi Allah yang memberi rezki.” Ayat kedua.
Perhatikan ayat tersebut. Nampak sama kan. Tapi beza maksudnya. Ayat pertama memberi maksud kita ini yakin akan Allah S.W.T. Hanya dia yang member rezki. Cepat atau lambat. Kita hanya perlu menjalankan tugas kita sebagai hambaNya
Ayat kedua bermaksud kita usaha dahulu baru Allah beri rezki. Betul dari segi usaha tapi kurang power dari segi keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah. Seolah Usaha itu yang memberi rezki.
Kita seringkali lihat, ramai ibu bapa kerja tungkus lumus siang malam untuk mencari rezki. Untuk jadi kaya, tapi solat seringkali dihujung waktu. Bersedekah pun nak berkira. Dengan anak anak pun nak berkira. Kaya memang kaya, tapi kualiti kayanya bagaimana? Hatinya bagaimana? Janganlah nak berangan kaya raya kalau hubungan kita dengan Allah pun hai hai bye bye...
Kita sibuk mengejar kekayaan dunia. Anak anak pun kita sogokkan dengan duit dan kekayaan. Alah..takper banyak duit boleh hantar anak ke sekolah bagus. Sekolah tahfiz. Maklumlah ada duit. Betul..dan tak salah pun cara tu. Tetapi, silaturrahim antara Ibu Bapa dan anak itu sebenarnya memberi kesan dalam kehidupan dan apabila mati.
Betapa ramainya orang Islam yang cintakan dunia sehingga lupa kehidupan yang kekal. Yang Baqa’. Bisa manusia itu menjadi lalai dengan kebendaan yang dikejarnya.
Seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud (Al Israk ayat 16:
“Dan jika kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu supaya melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan)Kami, kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur hancurnya”
Firman Allah lagi yang bermaksud (Surah AlQasas ayat 77)
“Tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan dari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) didunia “
Ini bermakna keduanya harus seiring. Namun,jika kita lebih mengambil berat tentang ukhrawi, tidak perlu disangkal, janji Allah itu Pasti. Allah akan memberi rahmatNya dan NikmatNya dengan lebih.
Wallahua'lam
Rahman Shariff
Dengan bantuan Azira Ezeyvaristina
Thursday, 15 October 2015
TEDUHAN ZAFRAH
Sepatutnya artikel ini disiarkan pada Ogos yang lalu. Namun, atas kesibukan dan kekangan masa, maka baru kali ini artikel ini dapat disiarkan.
Pada Ogos yang lalu saya dijemput untuk mengikuti Program Charity anjuran sahabat saya yang juga mentor kepada saya iaitu En. Amzari. Sahabat2 di Melaka dan Muar memang kerap menganjurkan Program Charity sejak dari tahun 2009 lagi. Alhamdulillah kali ini saya berkesempatan untuk bersama-sama dengan mereka ke Program Meniti Titian Kasih, Pusat Jagaan Teduhan Zafrah (Warga Emas) di Muar, Johor.
Program ini anjuran sekumpulan anak muda yang bergerak bebas tanpa tajaan dari mana-mana pihak baik dari NGO ataupun Kerajaan. Menarik kan?? Saya selalu juga mengikuti aktiviti mereka sejak dari 2009 lagi. Hampir setiap bulan tanpa gagal mereka akan anjurkan aktiviti seperti ini.
Untuk aktiviti kali ini agak menarik kerana pelbagai aktiviti yang diadakan seperti Binaan Landskap, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Ramah Mesra bersama penghuni PJTZ dan Cabutan Bertuah. Yang paling best saya antara orang yang bertuah dapat hamper dari penganjur...hihi


Acara dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis En. Syaiful, selepas itu ucapan dari Ketua Program iaitu En. Amzari dan seterusnya ucapan dari Pemilik PJTZ. Selepas itu acara tandatangan plak penghargaan bagi kerja-kerja Landskap yang diketuai Pn. Norhayati (Arkitek Landskap). Untuk makluman, penganjur telah memulakan aktiviti charity di PJTZ seminggu sebelum tarikh program, yang mana Pn. Norhayati dibantu oleh beberapa orang anak muda membuat binaan landskap di halaman rumah PJTZ. Penyerahan wang sumbangan melebihi RM10 ribu diserahkan oleh En. Amzari kepada pasangan pemilik rumah PJTZ. Menariknya wang RM10ribu itu bukan tajaan mana-mana pihak, hanya kutipan yang dibuat oleh jawatankuasa penganjur. Program diakhiri dengan ramah mesra bersama penghuni dan berakhir pada pukul 1.30tghr.


PJTZ adalah sebuah rumah jagaan Warga Emas dan OKU yang memberi Perkhidmatan seperti Penjagaan Warga Emas, Penjagaan OKU, Palliative Care & Geriatrik Care, Penjagaan Waktu Bekerja dan Penjagaan Holistik (Fizikal, Mental, Emosional dan Sosial)
Bertempat di Taman Desa Sepayung, Muar, Johor.
Dimiliki dan diuruskan oleh 2 orang Anak Muda pasangan Suami Isteri. Diilhamkan oleh Pn. Nurfarah dan dibantu oleh suaminya En. Ariffin. Mempunyai lebih dari 10 penghuni warga emas yang dijaga seperti Ibu dan Ayah sendiri.
Menyediakan pelbagai aktiviti harian seperti Kelas Keagamaan, Senaman Kesihatan, Terapi/Pemulihan Fizikal dan Latihan/Aktiviti Vokasional.
PJTZ mendapat dana dengan sumbangan dan bantuan dari orang ramai. Mereka juga terima sumbangan dari Baitulmal dan JKM.
Jika anda berminat untuk menyumbang boleh terus hubungi Pn. Nurfarah 019-685 5649 dan En. Ariffin 013-3119462. Semoga dengan bantuan dan sumbangan dari pihak anda mendapat rahmat Allah dan bertambahlah saham akhirat anda.
Insya-ALLAH
Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya." (Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)
Rahman Shariff
Tuesday, 18 August 2015
3 Hari 2 Malam di Kuching
Assalamualaikum...
Setelah sekian lama menyepi, hari ini terpanggil nak berkongsi pengalaman di Kuching, Sarawak selama 3 hari 2 malam.
Tujuan ke Kuhing kali ini atas sebab kerja dan perniagaan. So, masa nak berjalan tak banyak sangat. Tapi masih sempat pergi ke tempat2 menarik yang saya rasa siapa2 yang ke Kuching mesti pergi. Sekurang2nya tahu la serba sedikit apa yang menarik kat sini.
Sesampai sahaja di Kuching, terus ke Kopi O Corner. Layan Laksa Sarawak sambil2 diskusi ringan pasal perniagaan dengan mentor saya En. RIDWAN seorang bekas Pengurus di Koperasi salah sebuah Universiti di Malaysia. Lepas hampir 2 jam, terus ke hotel untuk check in dan berehat.
Hari kedua keesokan harinya, siang hari sibuk dgn aktiviti2 kerja dan bisnes. Jadi hanya disekitar hotel sahaja. Kebetulan hotel tempat saya menginap ada pasaraya. Jadi, tak la bosan sangat kan.
Waktu petang saya ke Restoran MANGKOK. Memang layan, 1 mangkuk memang tak cukup. Kurang-kurang mau 4 mangkuk seorang. Lepas tu terus ke Top Spot layan seafood lak.
Malam nya pulak ronda-ronda kat Waterfront. Kalau nak beli Kek Lapis Sarawak atau Ikan Terubuk Masin kena naik sampan seberang sungai. Tambang RM1 je seorang. Nak cari gambir Sarawak pun ada...hihi
Hari ketiga, urusan kerja setengah hari je. Lepas je habis urusan kerja terus check out dan terus ke Pasar Satok yang mana sekarang ni dipanggil Kubah Ria. Makan tengah hari Nasi Putih dengan Sambal Petai dan Terubuk Masin goreng...perghhh...melelehhh...
Dekat Kubah Ria ni macam2 ada...shopping la yang bestnya...tapi sebab saya da check out dan barang2 semua da packing...pergi window shopping je la. Habis je pusing-pusing kat Kubah Ria terus terbang balik ke Kuala Lumpur.
Kalau ikut kan memang tak cukup 3 hari 2 malam. Dengan urusan kerja lagi. Memang tak puas jalan kat Kuching ni. Namun pengalaman kat sini 3 hari 2 malam sangat berharga.
Yang mana belum sampai ke Kuching atau nak pergi tapi tak ada idea nak ke mana, boleh la pergi ke tempat-tempat yg sy sebut tu. Ada banyak lagi tempat yang menarik, tapi sebab
kekangan masa, yang mana sempat je la eh :-)
Jumpa lagi, Insya-Allah
Rahman Shariff
Wednesday, 1 July 2015
Bebas hutang
Hadis Riwayat Abu Daud 4/353:
Abu Said Al-Khudhri RA berkata: “Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: ”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?” Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.” Beliau bertanya: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?” Dia menjawab: ”Sudah tentu ya Rasulullah.”
Beliau bersabda,”Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.”
Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal.
Dalam kita mengejar dunia, akhirat jangan lupa. Kena seiring dan seirama. Insya-Allah, rezeki Allah itu luas dan tidak terduga.
والله أعلم
Rahman Shariff
Monday, 15 June 2015
Berniaga & Ramadhan
السلام عليك
Alhamdulillah, jika diizinkan ALLAH, dapat kita sama-sama menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada tahun 2015/1436H. Sekali lagi kita berpeluang untuk menggandakan amal ibadah kita. Moga-moga timbangan pahala kita kian bertambah. Insya-Allah.
Bulan Ramadhan juga menjadi bulan untuk menggandakan Pendapatan masing-masing. Berebut-rebut yang nak berniaga untuk dapat duit lebih sebab nak raikan Aidilfitri nanti.
Cuma, kenapa mesti tunggu Ramadhan baru nak berniaga?
Kenapa bulan-bulan lain tak cuba untuk berniaga?
Kenapa nak gandakan pendapatan hanya di bulan Ramadhan sahaja?
Cuba untuk kali ini, jadikan bulan Ramadhan ini sebagai permulaan untuk kita terus konsisten berniaga. Tiap-tiap bulan kita gandakan pendapatan kita. Kan lagi bagus...
Satu ketika dahulu saya pernah memberi pandangan pada kedua Ibu Bapa saya. Saya menyarankan mereka mula berniaga di Bazar Ramadhan. Alhamdulillah, pendapatan memberansangkan. Habis Ramadhan saya minta mereka terus berniaga, sewa tapak, tumpang kedai orang. Asalkan terus konsisten berniaga.
Hari ini mereka punya kedai sendiri, yang mana pendapatan bulan Ramadhan yang biasanya setahun sekali, mula dinikmati tiap-tiap bulan.
Jika Ibu dan Bapa saya boleh dengan peringkat umur mereka. Saya rasa anda juga boleh. Mulakan berniaga dalam bulan Ramadhan ini dan terus konsisten. Anda pasti peroleh kejayaan. Yang penting KONSISTEN.
Doa
Usaha
Istiqamah
Tawakkal
Berniaga itu Sunnah.
Bekerja itu Ibadah.
Rebutlah kedua-duanya.
Insya-ALLAH
Rahman Shariff
Wednesday, 3 June 2015
PERNAH TAK?
Pernah tak, ada dalam situasi ni??
>>> Bawa mak ayah pergi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar. Sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita, kadang-kadang terpaksa meminjam. Ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar.
>>> Bawa mak ayah pergi pasar malam / supermarket. Mak ayah bayar sendiri, sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri.
>>> Mak ayah pegang apa-apa tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita. Dulu, berguling-guling kita memberontak nak kan sesuatu.
>>> Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih. Padahal dulu kita menangis-nangis nak KFC, mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja.
>>> Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung. Padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan.
>>> Waktu balik kampung tak hulur wang belanja padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit blanja.
>>> Tak payah cakap bab memberi, sampai dah kahwin dah ada anak pun masih meminta pada mak ayah. Waktu seronok, waktu senang, insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita, rai kan bersama. Tapi waktu susah, waktu musibah, insan pertama yang kita cari ialah mak ayah.
>>> Mak ayah kita tak pernah berfikir 2 kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda waktu tu. Tak pernah sebut dan bagi alasan, semuanya ditelan. Sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit, panjang berjela penerangan kita, untuk itu ini.
Persoalannya SAMPAI BILA????
Agak-agak BILA baru kita mampu nak beri balik. Bukan soal wang, sikit atau banyak. Sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit.
Ingat, setiap kali kita memberi ALASAN, umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk tunggu kita "MAMPU".
Bagi mereka yang sudah tiada mak ayah, ia bukan alasan untuk kita berhenti memberi pada mereka. Jangan pernah berhenti mendoakan untuk mereka. Wakafkan sesuatu untuk mereka.
Renungan dan ingatan untuk terus kuat buat diri "sendiri" dan mereka yang saya sayang, masih banyak yang harus diperbetulkan. JANJI untuk jadi yang terbaik dan beri yang terbaik buat mereka.
Insya-ALLAH
Rahman Shariff
Impian dan Harapan
Kadang-kadang kita berimpian mahukan kehidupan yang selesa, tidak dibebani hutang, tidak dihantui dengan punch card setiap pagi dan macam-macam lagi. Namun, ada sahaja orang memperlekehkan Impian anda itu. Yang mana akhirnya Impian sekadar Impian...Harapan tinggal harapan...
Tidak adil rasanya andai kita meletakkan impian dan harapan kita itu pada orang lain. Tidak sepatutnya kita membiarkan orang lain merampas, memperlekeh dan mempermainkan impian kita. Kerana kita adalah ciptaan hebat dari Pencipta. Kita penentu kejayaan diri kita sendiri.
Yang nak berjaya itu anda, yang nak gagal juga anda. Anda berjaya orang mengata, anda gagal juga orang mengata. Jadi pilihan ditangan anda. Anda tinggal pilih sahaja, Berjaya atau Gagal!!!
Orang lain boleh kata apa sahaja, tetapi impian itu impian anda. Impian demi keluarga tercinta, demi insan tersayang dan demi masa depan yang cerah. Pedulikan apa orang lain ingin katakan, pedulikan sindiran orang. Anda cuma perlu fokus, fokus dan terus fokus mengejar cita-cita anda. Jangan biarkan orang yang mentertawakan anda tetap terus mentertawakan anda. Diamkan mereka dengan cerita-cerita kejayaan anda dalam mengejar impian dan harapan anda.
Teruskan berimpian dan bercita-cita tinggi. Kerana itu motivasi untuk diri anda sendiri. Pekakkan telinga dengan kata-kata negatif orang lain. Terus kejar cita-cita anda.
Buat perancangan yang teliti, bertindak mengikut rancangan anda, cari orang-orang yang boleh bantu anda untuk capai impian anda, sentiasa belajar dan terus belajar upgrade knowledge anda dan akhir sekali buat,buat dan terus buat sehingga berjaya.
Insya-ALLAH
Rahman Shariff
Sunday, 31 May 2015
Rahsia Kejayaan
Ramai antara kita pasti ingin kan kejayaan. Baik kejayaan di atas muka bumi mahupun kejayaan di akhirat kelak.
Segala kejayaan yg diperlukan pasti diiringi dengan pengorbanan. Cuma, ramai pula yang nak berjaya tapi tak mahu lakukan pengorbanan. Mana mungkin... betul tak?
Ada 3 pengorbanan besar yang harus dilakukan demi mencapai kejayaan. Apakah ia?
1. Pengorbanan MASA
Semua orang punya 24jam sehari, namun tak semua orang betul-betul menggunakan semua masa yang ada.
Jika anda sedang bekerja, dan bercadang untuk melakukan kerja-kerja sambilan, suka atau tidak anda mesti mengorbankan masa anda.
Cuma, bagi orang-orang yang bermindakan seorang jutawan. Pengorbanan itu hanya sementara. Pada awalnya mungkin anda sampai tahap tiada masa pada keluarga, kawan-kawan dan paling teruk pada diri sendiri.
Tapi, anda harus ada perancangan agar satu hari nanti anda punya masa yang sangat banyak dan MASA mula bekerja untuk anda.
2. Pengorbanan DUIT
Dalam Islam diajar untuk bersedekah. Korban kan harta anda, maka ALLAH akan gandakan.
Duit bukan segala-galanya...namun, dalam zaman ini segala-galanya perlukan duit. Untuk berjaya juga perlukan duit.
Nak berjaya dalam pelajaran, anda harus bayar yuran dan segala kos melibatkan asignment dan sebagainya. Nak berjaya dalam perniagaan, anda harus ada modal mula dan modal pusing. Nak berjaya diakhirat, anda kena bersedekah ke jalan ALLAH.
Perancangan harus ada, agar satu hari nanti, pengorbanan anda ini tidak sia-sia dan DUIT juga bekerja untuk anda.
3. Pengorbanan TENAGA
Manusia ibarat bateri. Bila terlalu lama digunakan tenaganya, maka ia perlu di cas semula dengan rehat dan tidur.
Untuk anda melakukan sesuatu demi mencapai kejayaan yang ada impikan, anda harus punya tenaga yang banyak. Mungkin sehingga terpaksa menggunakan waktu rehat anda untuk bekerja.
Penat?? Ye, memang penat...tapi renungkan, bila kejayaan sudah digenggaman, segala penat lelah itu akan berbayar.
Bersediakah anda untuk melakukan pengorbanan?
Jangan tunggu sempurna untuk bermula. Berkorban hari ini, demi masa depan yang lebih indah akan datang.
Insya-ALLAH
Rahman Shariff
Saturday, 30 May 2015
Membuka pintu Rezeki
Suatu hari saya lepak minum dekat kedai sahabat saya yang saya kenal dari kecil. Kebiasaannya saya akan datang kedai selepas solat Isyak. Tapi hari tu tergerak untuk datang awal, saja nak lihat persiapan untuk buka kedai makan.
Sambil-sambil pekena Nescafe O panas, saya dapat lihat gelagat sahabat saya bila terima wang pertama untuk hari itu. Gelagat dia buat saya ingin tahu, apa yang dibuatnya.
Sahabat saya akan terima wang pertama hasil perniagaan dia dengan sangat cermat. Diambil, dibacakan doa, dan simpan dengan cermat. Tak pernah lagi saya lihat gelagat peniaga kedai makan macam tu.
Saya terus panggil sahabat saya itu dan terus bertanya "Apa yang kau buat dan apa yang kau baca?" Terus diberi ayat ini pada saya. Katanya lagi " Wang pertama setiap kali buka kedai adalah ibu duit pada aku, kena percaya yang rezeki itu dari ALLAH. Ini yang pertama diterima untuk hari ini, kena hargai dan bersyukur, walaupun nilainya sekadar RM1.00. Baca la ayat ini, mudah-mudahan ALLAH tambah lagi dan lagi."
Wow, ILMU baru ni. Saya tidak pernah diajar tentang ILMU ini. Terus saya amalkan. Setiap kali menerima wang, atau projek, atau apa sahaja rezeki, saya akan baca ayat ini. Kini, ianya menjadi rutin harian saya. Alhamdulillah, rezeki ALLAH itu MAHA LUAS. Kita kena percaya dan USAHA.
Amalkan lah, anda akan rasa perbezaan nya.
Insya-ALLAH
Rahman Shariff
Friday, 29 May 2015
ANGAN-ANGAN
Angan-angan Mat Jenin!
Ramai antara kita takut nak berangan-angan. Sebab apa? Sebab kita selalu dibayangi dengan Kisah Mat Jenin. Berangan menjadi kaya raya. Tidak salah untuk berangan-angan, cuma mesti kena pada tempatnya. Jangan duduk atas pokok, itu yang mati akibat jatuh pokok.
Dari kisah Mat Jenin, kita dapat ambil pengajaran yang mana jika ingin berangan-angan kena ada perancangan untuk merealisasikannya. Jangan hanya tahu berangan-angan namun untuk bertindak jauh sekali.
Teringat ketika saya mula-mula kenal pada dunia perniagaan. Antara seminar pertama yang saya hadiri adalah RAHSIA MINDA JUTAWAN. Diajar tentang apa itu Law of Attraction. Dalam bahasa mudah, diajar berangan-angan dan berimpian.
Impian dan angan-angan harus ada dalam diri supaya kita dapat motivasi untuk terus bertindak merealisasikan apa yang kita inginkan.
Ramai Usahawan dan Jutawan yang ada di seluruh dunia bermula dengan sekadar angan-angan. Dengan hanya berangan-angan untuk menaiki kapal terbang murah, maka wujud lah AirAsia. Hanya dengan angan-angan beliau menjadi jutawan.
Jadi, jangan takut untuk berangan-angan dan memasang impian setinggi gunung. Lakukan dengan gambaran yang jelas. Buat "Dream Board" anda, letak atau gantungkan ditempat yang mudah untuk dilihat. Tak perlu segan, kerana itu juga satu DOA. Tindakan anda akan menjurus kearah apa yang anda IMPIKAN.
Cuba la kalau tak percaya!!
Dare to Dreams
Rahman Shariff